PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Aku Carnivor
Tuesday, December 27, 2011 • 12:06 AM • 0 Surat Layang

Mungkin macam nilah muke aku masa makan rusa semalam
   Assalamualaikum, mesti ade yang pelik apasal aku tetibe post entry pasal Karnivor ni? Baru khatam buku sains darjah 4 ke? Tidak sebenarnya T.T sebenarnya semalam, aku ngan family pergi jalan-jalan dekat Kuala Selangor, fuhh, punyelah jauh tu, dekat 3 jam dalam kete. Dahlah, time tu, aku baru balik dari kampung kat Seremban. Perjalan yang agak jauh tu, takdelah terasa sangat, sebab pemandangan di luar tingkap, fulamak, indah bhai, ok aku menipunye, aku tidur sepanjang perjalanan, jadik bila sampai tu penat tidur jelah :P Jadik aku fast foward ke part menarik.
Keesokan harinya
   Bangun je , terus siap-siap, dan aktiviti bosan iaitu beli ikan pun berlaku, lepas dah siap beli ikan, melawat rumah kawna mak aku pastu, kitaorang pergi makan dekat kedai.. Err, aku pon tak pasti amendenya nama dia :P Sampai je dekat situ, makanan memang dah ready sebab dah order semalam, kitaorang order, rusa masak rendang, WHOAH, Burung Ayam Ayam masak berempah, dan ikan baung masak Tempoyak. Mule-mule tu, aku dah ready ambik rusa, masuk je mulut, aku terus buat muke troll face, bukan sebab teramat sedap, tapi sebab rasa dia lebih kurang macam daging lembu, tapi nasib baik ade burung ayam ayam tu, rasa dia memang terbaiklah (Y) , patutnya dapat rasa makan landak jugak, tapi stok tarak T.T kempunanlah aku :P Pastu siap, bungkus rusa tu untuk kasik nenek aku rasa. Dan bla3, yada3, balik dan aktiviti bosan bermula lagi. Tu je aku nak story , Assalamualaikum.

OLD / NEW