PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Entry Khas Buat Perokok
Thursday, December 29, 2011 • 6:02 PM • 0 Surat Layang

   Assalamualaikum, aku tak tau, ape demam aku hari ni, aku nak buat entry yang khas buat para smoker yang seronok mencemarkan ruang udara Malaysia dengan asap-asap yang tersangatlah wangi. Jadik kepada semua smoker, sila terasa. Soalan-soalan cepumas yang aku nak tanya kepada para perokok yang begitu cerdik memeriahkan ruang udara Malaysia adalah seperti:

Apa yang best sangat merokok tu? 
Nak kata release tension, memang taklah kan? Dahlah kasik penyakit, pastu buat orang menyampah dengan kau je. Contohnya, haritu, aku pergi makan dengan adik-adik aku dekat gerai berdekatan umah aku, pastu adelah seorang smoker tua yang sangat bermurah hati, dia kasik sembur dia punye asap macam naga dekat aku dengan adik aku tanpa rasa bersalah. Nak tegur, kang tak pasal2 dikatakan tak hormat warga emas orang tua,

Wangi ke bau rokok?
Aku nak tanya sikit, wangi ke bau rokok? Kalau kau tanya aku, aku akan cakap, bau kentut aku lagi wangi, Ok , aku menipu, tapi serius aku cakap, bau rokok busuk lah -.- Sebagai contoh, haritu aku pergi kelas tuisyen, masa aku tengah sibuk menumpukan perhatian kepada awek pelajaran, tetibe keluar satu bau yang menusuk di kalbu, fulamak busuklah wei, aku nak belajar pun tak khusyuk, yeke? Pastu ade kawan aku bising, dia tanya asal ade bau rokok, pastu ade seorang lelaki yang agak "keadek-adekan" menoleh pastu menudingkan jarinya yang agak hitam manis ke arah sorang kawan dia. Kawan dia merokok wei -..- Baru 15 tahun dah pandai merokok, dah puas hidup? Dah ready nak sakaratul maut ke? Aku belum. 

Jadik disini, aku nak post satu gambar yang sangat hebat (Y) Para perokok, sila terasa sampai nangis ok?
Tahniah kepada para perokok, kepada yang baru start tu, berhentilah, busuk tau tak bau dia? -.-t dan kepada yang dah lama dan bagi pelbagai alasan kononnya susah nak berhenti, sila teruskan, dan anda akan jadik macam ni:

That is shoo ugly. Kalau anda tak berpuasa hati dengan post aku ni, sila diam, kerana kadang-kadang orang cakap, berdiam lebih baik. Sekian, Assalamualaikuum, tak jawab dosa.

OLD / NEW