PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Surat "Urusan Seri Paduka Baginda"
Thursday, December 15, 2011 • 12:49 AM • 0 Surat Layang

Assalamualaikum, entry yang aku post kali ini adlaah berkenaan dengan "Urusan Seri Paduka Baginda". Aku akan adaptasikan cerita aku kepada sebuah sketsa:

Pada satu petang yang bosan seperti biasa, sedang aku sibuk melayari blog orang sambil menyumpah-nyumpah kecantikan blog mereka, tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil dari aras bawah. Dengan tanpa membuang masa aku erus meluru ke arah suara tersebut. Pada mulanya kusanggakan "papaku pulang dari kerja, papaku belikan kereta". Ok aku dah melalut kembiali, sambung balik citer tadi, rupe-rupenye yang panggil aku tadi adik aku, ingatkan amoi sebelah rumah tu hah -_- adik aku kasik satu surat, dekat surat tu tertera nama aku, alamat aku  dan yang panggil hebat tertera "Urusan Seri Paduka Baginda". Cenggini rupa surat tu:

Fulamak, pada saat tu "banyak persoalan yang bermain di minda, banyak tanda tanya dan juga jawapannya". Macam-macam sebab aku pikir menjadik punce aku dapat surat cenggini. Antaranya adalah:
1)Aku dapat tawaran masuk skolah yang awesome -padahal aku bukan aktif amende pon.
2)Aku menang pertandingan Berita Harian-padahal aku baru masuk semalam, takkanlah dah menang.
3)Aku ade buat salah, mungkin aku akan dihadapkan ke mahkamah.
Dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, aku pun bukaklah surat tersebut dengan berhati-hati. Dan pabila aku bukak je, mende alah tu. Nak menjerit, nak koyak, nak mencarut sume ade -_- punyelah saspen aku tadi rupenye bende alah ni je pon:

Sijil aku jadik crew Festival Buku Kanak-kanak je pun. Tak menarik pon -____- lainlah kalau sijil menang anugerah penyanyi jamban terbaik, pemenang pertandingan membuli adik terbaik, ni tidak. Buat aku tak puas hati je. Tu je, sebenarnya citer bosan aku pada malam yang bosan ini. Assalamualaikum.

OLD / NEW