PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Baru Isi borang
Saturday, January 7, 2012 • 9:00 PM • 0 Surat Layang

Tumblr_lxa4mwcdmr1qjzvcco1_500_large
Siling bilik aku cengginilah, ok aku tipu~
Assalamualaikum, entry aku kali ni, aku nak cakap pasal, borang sekolah teknik yang aku baru isi tadi ~(-.-~) sebenarnya, kalau boleh aku nak isi besok tapi pabila ade budak bagitau, yang semua bende tu perlukan pengesahan.

Aku apa lagi, terkocoh-kocoh, isi borang tu semua, photostat macam2, dan yang paling best, dapat ceramah free daripada mak aku. Sebenarnya dari first day lagi, mak aku dah cakap, bende tu, kene sahkan, aku pulak terlalu rajin untuk embaca sehingga aku emnangguhkan sehingga cuti hari Sabtu.

Jadik lepas ade budak bagitau, terus tengok balik. Gila suwe, hampir semua kene sahkan, aku dah cuak gila babeng dah waktu, yelah, dekat siapa je aku boleh sahkan? Pengetua? bila masa aku nak pergi sekolah?

Jadik selepas berhempas pulas mengisi borang-borang yang terdiri daripada pelbagai soalan yang menguji minda, seperti nama aku, umur aku, fuuuh, berpeluh-peluh aku nak jawab. Akhirnya lepas dah habis siap isi, mak aku pon bawaklah aku pergi bersiar-siar.

Banyaklah aku punye siar-siar, mak aku bawak aku pergi jumpa kawan dia. Suruh mintak sahkan. Fuhhh, selamat aku. Kalau tak, tak pasal-pasal aku terpaksa balik SBS semula :p Lepas dah tanda tangan segala, aku baru tau yang mak aku sebenarnya boleh jugak sahkan borang tu =.=' tapi dia taknak.

Hish, saje je nak kasik aku ceramah free. Pastukan masa aku pergi dapatkan tanda tangan pengesahan tu, makcik tu tanya, aku ambik kursus apa dekat sekolah teknik, aku jawablah aku ambik kejuruteraan awam, mule-mule aku ingatkan dia akan berasa kagum sampai terkencing berdiri, tapi tak, dia cakap dekat aku, "baguslah tu, nanti bolehlah betulkan longkang kat umah makcik ni hah, boleh dapat discount". =.=' aku betulkan longkang? itu ke kerja kejuruteraan awam.

Lagi, apa aku nak story. Ok pastu, tadi ade budak yang kasik aku link satu blog, blog ni dia masin kutuk-kutuk budak straight A's PMR dengan 7A's sebab tamak kononnya mintak semua, mintak teknik , sbp dan bermacam-macam lagi. Motif dia berkata sedemikian? dia ak dapat teknik KL. Fuuuhhh, selamat teknik KL tak hambik kau. Duduk jelah umah, belajar memasak K?

Lagi3, aku dah takde bende menarik nak tulis. Sekian Assalamualaikum.

OLD / NEW