PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Besok Last Day
Thursday, January 5, 2012 • 5:58 PM • 0 Surat Layang

Tumblr_lnznz7esew1qks4l3o1_400_large
Besok last day, besok last day, besok last day
Assalamualaikuum, besok last day aku akan bergelar pelajar SBS, dah tak boleh dah nak berlagak kononnya aku budak sekolah kluster. Tapi aku rasa sayang pulak dowh nak pindah, banyak sangat kenangan terindah dan jugak kenangan pahit aku kat sana~

Pastu ade cikgu yang sibuk cakap sekolah teknik, dia punye buli kuat ~(-.-~) terima kasih cikgu kerana memaklumkan maklumat yang membuatkan saya lebih "teruja" nak pindah. Harini, sekolah cam biasa. Cume, budak-budak semua ade buat pertukaran kelas, gara-gara tak puas hati dengan peletakan kelas.

Jadik memang agak ramai yang tukar-tukar kelas, kelas aku pon dekat 4 orang yang baru masuk . Kalau tak silap lah, 5 orang keluar kelas lain. Pastu tak pasal-pasal, semua budak form4 kene marah dengan penyelaras form4 sebab menyusahkan dia. Padahal, budak-budak yang reti bersyukur tu yang bikin susah.

Pastu dah dapat tukar kelas, nak jugak post kononnya sedih kene tukar kelas, dasar bodoh -.-t kau yang mintak tukar kan? Toksah nak berlakon hipokrit sanagt boleh. Menyampah derr~ Pastu harini aku pun terpaksalah pulangkan balik buku novel hakmilik Shakila yang aku pinjam semalam.

Padahal satu muka surat pon tak baca lagi, aku siap selitkan lagi surat cinta khas untuk dia ;) Pastu dengan Ayunie yang sibuk mintak tunda tarikh pemulangan novel yang aku pinjamkan kepada dia tu.

Tulah semalam, kemain lagi citer tu tak best :P Waktu balik, aku mintak balik buku tu dekat Shakila, dia tak kasik pon -.- dia tengah sibuk buat hal dia, aku pulak tengah rushing nak balik, nanti bapak aku mengamuk. Huh, jadik memang tak merasalah aku baca buku tu, besokkan last day, bielnye aku nak pinjam? Terima kasih Shakila, kerana mengecewakan aku ~.~

Lagi, lagi, tadi kat sekolah aku telah dihalau dengan begitu terhornat sekali, ayat yang aku asyik dengar kat sekolah tadi "Kau nak pindah, pindah jelah", =.=' yelah , aku tau korang tak sabar aku nak pindah, nanti bila aku dah pindah korang jugak yang rindu~ :P

Pastu, pastu, aku dah takder story, tu je aku nak taip sekarang. Semoga sekolah baru aku tu tak seteruk yang disangkan, Amin. Assalamualaikuuuum.

OLD / NEW