PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
CUTI + HOMEWORK
Friday, January 27, 2012 • 6:05 PM • 0 Surat Layang

Tumblr_lj0zbts9sz1qb02tro1_500_large
Assalamualaikum, Cuti + Homework? Merupakan pasangan dua sejoli yang tak dapat nak dipisahkan. Di mana ada cuti, di situ jugalah adanya Homework berdiri dengan megahnya. Bagaikan pinang dibelah dua, T^T kenapa tetiba aku merepek meraban pada petang yang tak berapa nak cerah ni?

Sebenarnya, Homework aku satu pon tak siap lagi!! ~(-.-~) Sepanjang cuti, kerja aku adalah merepek meraban di samping bergolek2 dengan lagak gaya seorang kanak-kanak Ribena, sampai terlupa semua homework. Okay, biar aku terangkan dengan jelas di sini *speaker* aku tak pernah lupa Homework aku, aku cume bertangguh, dan bertangguh dan bertangguh, dan kesudahannya tak buat.

Waktu awal2 cuti, otak aku yang tak berapa nak cair ni, dah pikir dah, nak siapkan homework, nak siapkan homework, tapi pastu ade bisikan2 setan jahanam yang cakap "ala, nanti buatlah , cuti lama lagi". Dan kesudahannya, homework aku tertunggak, dah macam gunung Everest dah, ok aku tipu. Sebenarnya, homework aku hanyalah sekdarang setinggi busut2 kecil yang ade dekat kaki kaki gunung. Jadik kalau last day cuti pon, aku boleh siapkan :D

Pastu aku nak cakap apa lagi? Wohoo, semalam, aku baca cbox aku, dan apa yang aku terbaca adalah, aku menang, bukan menang loteri lah ngong -.- aku menang segmen yang follow dan bla3, aku dapat hadiah apa? Bukan topap, tapi tuan blog tu dah tolong promote blog aku, Fulamak , mekasih, mekasih. Okay, perut aku dah sakit, bilik air dah memanggil, sampai disini sahaja coretan aku. Sekian Assalamualaikum.

OLD / NEW