PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
First Day Sekolah
Wednesday, January 4, 2012 • 9:59 PM • 0 Surat Layang

Assalamualaikum, harini, saat-saat yang aku tidak nantikan telah tiba, sekolah dah start. Wuuuu~ Jadik awal-awal pagi tu, cikgu pon memulakan berbicara perkara yang biasa , bla3 yada3, pastu semua budak form 4 dibahagikan kepada kelas masing.

Seperti yang aku pinta, aku dapat kelas Lukisan Teknik, Wohoo~ Tapi sebelum masuk kelas, cikgu mintak, budak-budak yang dapat straight A's yang terdiri daripada aku *kening, untuk tunggu kejap, ingatkan nak kasik hadiah.

Rupe-rupenye cikgu, nak mintak duit, nak buat jamuan. Dengan bangganya, cikgu mintak RM5 je, padahal dalam poket aku ade 5 hinggit je, memang tak makanlah kalau aku bayar. Ok tu part tak menarik. Jadik lepas semua hal selesai, cikgu pon kasik semua masuk kelas masing.

Memandangkan kelas aku tu, tak berapa ramai yang straight A's jadik dah ramai dah main copcop tempat, aku masuk kelas terus carik tempat kosong, dan yang paling menarik tu, aku  duduk belakang sekali. Awesome, Forever Alone~ , nasib baik dalam kelas tu ade 22 orang je, sikit kan? Itupun 5 orang mintak tukar kelas -.- jadik sebelah aku memang takde orang. Seronoknya~ -..- nasib baik aku dah nak pindah, dapatlah aku membawa diri memujuk hati yang terluka ni, jangan layan statement jiwang tadi.

Pastu rehat, aku pon jumpelah shakila budak comel untuk melunaskan janji yang telah termeterai seperti janji dia antara british dan belanda. Aku pinjam buku dia, dan yang paling menarik tu, dia siap kasik , peraturan yang perlu aku ikutinya untuk pinjam buku dia -..- ok, buku dia mahal sangat . Pfffttt.

Lepas pinjam, segala. Rehat habis. Ade pulak Taklimat disiplin yang amat "disukai" oleh semua pelajar, siap ade sistem baru, iaitu sistem demerit yang membuatkan setiap pelajar "teruja" nak start sekolah. Lepas semua2, dah habis. Ade aktiviti yang sangat "best" , iaitu aktiviti bernafas dengan betul. Aku pon memberikan perhatian dengan membuat kerja sendiri.

Pastu ade pulak taklimat mata pelajaran yang lagi best didengar. Pasal Fizik dengan LK, memang menguap jelah aku sepanjang taklimnat tu. Maaf semua, aku memang pemalas. Kesimpulannya, hari pertama sekolah yang penuh dengan warna-warni, bosan, best , semua ade,

Mood: Cepatlah, aku nak pindah.

OLD / NEW