PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
PINDAH OH PINDAH
Friday, January 27, 2012 • 8:40 PM • 0 Surat Layang

5522842397_42d0350856_z_large
Assalamualaikum, selamat malam dan salam satu Malaysia, pada malam yang bosan bagaikan sedang mendengar kata-kata Najib ni, aku nak bercakap tentang satu topik yang tengah hot kebabom dekat facebook sekarang, iaitu PINDAH. Kenapa tajuk ni tetibe famous bagaikan retis? Sebab result SBP dengan MRSM dah pindah.

Nak dijadikan citernye, ramailah sangat yang sibuk post status dekat facebook., ade yang kecoh sebab dapat tawaran, ade yang kecoh tak puas hati tak dapat tawaran, dan ade jugak yang cibuk nak bagiatu perut dia sakit, ok aku tipu part last tu, aku macam meluat gak argh, asal diorang nak kecoh2? Aku dapat "TAWARAN SBP DEKAT BUKIT KAYU HITAM, KEDAH" tak kecoh pon. Alamat tertekan Caps Lock pulak, hahaha, takdelah, aku pon saja je nak bagitau, yang aku pon dapat tawaran tu, kejap, aku dah bagitau haritu kan? Ok terlupa, biasalah dah tua kankan.

Korang kalau nak pindah, pindah jelah, tak payahlah nak post dekat fb banyak kali, "Aku dalam Dilema antara pindah atau stay". Macam tak pape tah, macam aku kesah plak kalau kau pindah kan? -..- Pergilah buat solat istikharah, tanya pendapat Allah, ni tak, yang kau sibuk tanya fb buat hape? Macam fb tu tuhan kau pulakkan? Kawan aku siap tanya dekat internet lagi, dan jawapan dia sumpah terbaik >.< Nak tengok? Orait. Mempersembahkan~

Hahhaha, sumpah aku tergelak waktu baca mende alah ni. Setuju sangat dengan bende lah tu >.< Sori Syahmi, aku culik gambar kau kejap okok? Aku tak kesah sangatlah kalau budak2 sekolah lama aku dekat Seri Bintang tu nak pindah, tapi kalau kawan2 baru yang yang dekat sekolah baru yang pindah, aku macam terkilanlah sikit -..-

Sebab2, dorm aku je dah dua orang yang nak pindah, yang sorang lagi tu, aku tanya, takde respon pon -.-t dah berhari-berhari aku tunggu, kalau diorang pindah, komfem sunyi dowh dorm aku nanti ~(-.-~) hilang keseronokan duduk asrama aku. Kalau duduk asrama dah tak best, aku akan keluar, jadik outsider, boleh tak camtu? ~(-.-)~ aku tak merestui permergian kalian, jadik kalian tak boleh pindah, paham? Hahahha, takde argh, masa depan diorang sukehati dioranglah kan nak pindah mana pon kan?

Semalam, lepas aku balik sari Time Square aku dapat satu sampul surat yang agak sarat bagaikan seorng oibu mengandung yang sednag menunggu tarikh melahirkan :3 Hahahha, dalam surat tu, terkandung surat tawraan untuk masuk sekolah berasrama penuh bersama sebuah buku yang perlu aku isi untuk dibawa semasa pendaftar, agak awesome perasaan masa dapat bende alah tu, bapak aku siap suruh frame kan surat tawaran tu, yelah buat julung2 kalinya aku dapat tawaran pergi SBP. Kau ade?

Pastu, semalam kawan aku tulis kat blog dia, yang aku bau ketiak aku dalam tren -..- Malu nak mampos, pastu selepas mengisytiharkan mogok dengan dia, baru dia delete, Hahaha, aku hebat :) Tapi ade makcik cakap aku cepat merajuk, -____- 

Okay, homework aku dah memanggil-manggil tu, Aku berikrar untuk siapkan pada malam ni jugak, Kalau tak siap jugak. Aku akan hukum diri aku sendiri, aku akan makan coco crunch adik aku sampai habis. Biar dia nangis :) Jadik kalau korang taknak dia nangis, silalah rajinkan diri anda untuk tolong aku buat, boleh? Oraitlah, tu je nak berstory sekarang. Sekian, Assalamualaikum .  

OLD / NEW