PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Apabila permohonan Anda ditolak
Sunday, June 17, 2012 • 6:35 PM • 0 Surat Layang

Assalamualaikum,

Sebelum tu, kalau ade typo, silalah buat-buat paham sendiri. ;)
Pada tarikh keramat 3/6/2012 yakni hari Kahmis. Bertempat di Dataran Pehimpunan SM TEKNIK KUALA LUMPUR, telah terlontar keluarnya satu pengumuman menerusi speaker hitam sekolah. Pengumuman tersebut adalah alkisah tentang pelantikan pengawas pelatih PSS.

Menurut sumber yang dimusykili, nama para pengawas pelatih telah ditempekkan di papan kenyataan di hadapan Pusat Sumber Sekolah yang terletak di atas kayangan. Fuuhh, menag tinggi -.-  Kalau nak diikutkan, time cikgu tengah cakap tu jugak aku nak berlari naik ke tingkat 3. Tapi memikirkan maruah aku yang mungkin tercalar dengan cukup dalam, aku melupakan hasrat tu buat seketika :P

Jadik, aku pergilah time rehat. Selepas penat berjalan mengharungi tangga konkrit yang telah berdiri kukuh selama lebih 10 tu, aku pon sampailah di hadapan PSS dengan nafas tercungap-tungap. Dengan penuh keghairahan ,a ku pon cariklah nama aku samada terletak sekali dalam calon pengawas tersebut. Dan, guess what? Nama aku takde.  Rasa macam  nak koyak je kertas tu time tu jugak, tak pon, aku rasa aku nak main tulis nama aku dalam senarai tu guna MARKER MERAH.

Pastu, aku mengorak langkah pulang ke kelas, ditemani sinaran mentari pagi yang sangat terik seperti menyindiri kegagagalan aku. Sambil melangkah longlai pulang ke kelas, aku bermonolog sendirian.. "Kenapa permonohan aku kene tolak?" Soalku sendirian. Nak kata sebab aku merupakan seorang pelajar luar, tidak sama sekali. Sebab, ade jugak pelajar luar yang dapat tawaran tu. Jadik, aku dah putus harapan dah, sedangkan segala tugasan yang diberikan telah dilaksanakan dengan penuh effisien sekali :P

Jadik, masuk kelas. Ade sorang anak cikgu ni, tawran dia diterima. Dia suruh aku slowtalk dengan cikgu PSS mungkin beliau boleh mempertimbangkan kembali permohonan aku. Jadik, aku pon setuju. Petang tu, sejurus berbunyinya loceng menandakan tamatnya waktu persekolahan, aku menarik lengan rakanku lalu mengorak langkah bersama ler arah bilik guru. Pada ketika itu, semangat bagi mempersoalkan tindakan guru tersebut membara dengan marak sekali, umpama disimbah dengan minyak tanah.

Setibanya, di hadpaan bilik guru. Darh aku membeku, aku rasa kecut nak jumpa dengan cikgu tu memadangkan aku sama sekali tak mengenali guru yang diperkatakan,. Tapi memikirkan kemungkinan sekiranya aku memberanikan diri mungkin aku akan berjaya, aku menggagahkan diri jumpa dengan dia. Pastu, tengok2 dia tengah sibuk berbual/bergosip dengan sorang cikgu.

Pastu, bila dah habis berbual, aku terus menerpa ke arah beliau dengan mimik muka sedih aka mintak penampar. Aku tanyalah dia, asal aku tak dapat? padahal semua tugasan tu aku dah buat. Pastu aku tanya lagi, OUTSIDER tak boleh jadik ke? menggunakan nota suura nak menangi padahal muka tengah cool tu -.- cool ke? :P Rupa2nya, dia cakap, aku tak hantar buku scrap, aku cakaplah aku hantar dengan Library. So, dia cakap, patutnya hantar dekat dia.

Hahaha, ending dia, dia tanda nama aku pastu, suruh aku tulis nama dekat senarai pengawas pelatih tu. K tu je nak tulis. Assalamualaikum.

OLD / NEW