PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Jangan Tegur Bayi/ Kanak-kanak lepas melawat Jenazah
Sunday, June 3, 2012 • 3:22 PM • 1 Surat Layang

I am hally Potter, the junior
Assalamualaikum, tadi , masa aku tengah sibuk godek-godek blog orang, aku jumpa satu post yang agak menarik. Jom sama-sama kita hayati kisah kat bawah ni:


**************
 Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru 


tegur anak2 dirumah.Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 


bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan 


tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya 


bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara 


kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an 



dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. 


Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan 


dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak 


gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).



Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk 


sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya 


anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki 


saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan 


diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . 


Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam 


getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada 


bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu 


menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut 


meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir 



tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada 


kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu 



dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus 


memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas 


dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. 


Rupa-rupanya kamitersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang 


mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang 



yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan 


lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta 


sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan 


linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu 


sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan 


lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana 


kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua 


yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah 


banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring 



pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama 


saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang 


lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang 


keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu 


memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu 


dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus 


membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga 



yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam 


kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi 


mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan 


khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara 


saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. 



Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan 


isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa 



sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan suami mencari alamat rumah spt yang 


diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah 


rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya 




dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu 


pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-


tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.



Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya 


sedekahkan ke surau yang berhampiran.



*****************


p/s: Hanya Allah sahaja yang mengetahui kebenarna kisah kat atas. Tapi seram gak kan? 


Credit

OLD / NEW