PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Jangan Jadik JUDGE MENTAL
Thursday, July 26, 2012 • 10:35 PM • 0 Surat Layang

ASSALAMUALAIKUM
Word of the day: JUDGE MENTAL

Okay, sila baca tajuk yang tertera di atas menggunakan nada frekuensi yang tinggi lagi menyakitkan telinga sambil buat gaya Ning Baizura. K, sebenarnya, aku ade lah jumpa satu gambar yang agak menginsafkan serta mehembuskan kesedaran kepada aku :') Tapi, amlangnya gambar tu telah pergi meninggalkan aku , entah kemana. Eceehh, hahaha, tu pasallah aku buat post pasal JUDGE MENTAL.

Okay, apa maksud judge mental sebenarnya? Menurut kefahaman yang dipertuan agung Muhd, Afif As-Siddiq, Judge mental bermaksud menilai seseorang melalui luaran. Korang paham tak? Tapi, kalau korang tak paham, aku boleh tolong translate kepada bahasa internationale yakni bahasa Inggeris. In english, Judge mental mean feeling right to judge , and to do so. Credit kepada dictionary on9.

Okay, kenapakah aku rasa bende alah tidak sepatutnya menjadi trend kepada remaja masa kini? Aku bagi satu contoh yang mudah, contohnya kita tengok seorang lelaki mintak sedekah. Jadik, mungkin ade anasir2 yang berpendapat. "Huh, badan sihat, tapi malas bekerja, hulur tangan dapat duit". Tapi pernah tak terdetik dekat minda kita kemungkinan dia tidak mampu , barangkali lelaki tu, satu ketika dahulu pernah hidup senang, tapi mungkin hartanya dirampas atau dicurik oleh kazen2 yang jahat? Takpun, probaly, dia ade penyakit dalaman yang kita tak nampak. Mata kita bukannya ade sinaran laser nak tengok dalam kan? Penah tak korang terfikir camtu? Mesti takkan? Contoh2 lain adalah seperti:

1) Anda berjumpa dengan seorang pelacur yang sedang mencari pelanggan 
Mungkin akan terdetik dekat hati korang, "Hak alah, GRO ni, takde keje lain ke? Pergi jual tubuh, cariklah kerja yang halal" . Adakah korang rasa, korang layak menilai sesorang tanpa mengetahui mengapa dia bertindak melakukan kerja yang terkutuk tu. Tolonglah weyh, tak mungkin ade orang yang buat kerja macam tu, tanpa sebab sendiri. Mungkin dia sedang kesempitan wang yang memerlukan sejumlah wang yang banyak dengan jangka masa yang cepat. Well, nak dapat pijaman bank, bukanlah senang macam nak mintak ais kacang satu, jadik jalan paling cepat adalah melakukan kerja tu.

2) Korang jumpa dengan orang gila kat tepi jalan
Aku mengaku, aku sendiri tak selesa bila berhadapan dengan orang kurang waras. Mungkin ade pihak yang akan menilai lelaki tersebut serta memandang jijik kepada mereka, tapi pernah tak kita  fikir, mungkin satu ketika dahulu, dia pernah mempunyai akal fikiran yang waras lagi normal seperti kita, but then, maybe dia kene dera oleh mak bapak dia sendiri sampai otak dia jadik biol macam tu? Pernah tak kita fikir?

Jadik, sekarang korang nampak tak, kenapa kita tak bleh jadik JUDGE MENTAL. Aku bukan mereka alasan bagi mempertahankan pihak2 tertentu, tapi aku just nak korang pikir, janganlah kita menilai sesuatu tanpa menyelidik hujung  pangkalnya. Sekian, wabillah hi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu :3


OLD / NEW