PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
SURAT PERMOHONAN KEPADA PEROKOK
Monday, July 16, 2012 • 10:48 PM • 0 Surat Layang

Eh, lawalah leher. Buat kat mana? 
Muhd. Afif As-Siddiq
Kampung bahagia,
Jalan ke Syurga,
Taman Kembang Setaman,
Selangor
*********************
Ali Bin Jol
Bapak segala perokok,
Malaysia

Abang, akak, pakcik dan makcik,

PERKARA:MEMOHON HORMATI ORANG LAIN

2. Merujuk perkara di atas, saya Muhammad Afif As-Siddiq mewakili seluruh rakyat Malaysia yang tidak merokok menyeru semua perokok agar memakai helmet ketika merokok, dengan ini, asap-asap rokok yang dihasilkan mampu anda nikmati dengan penuh kenikmatan tanpa mengganggu ketenteraman orang lain. Sekiranya takde bajet nak beli helmet, anda juga boleh menggunakan baldi mahupun kotak-kotak terpakai lalu hirup dan telanlah segala asap-asap berucan tersebut.

3. Selain itu, kalau nak merokok sekali pun, amatlah dipersilakan mencari tempat-tempat yang sesuai seperti lorong-lorong gelap, ruang-ruang sempit serta tempat-tempat yang seumpama dengannya. Tempat-tempat awam seperti kedai makan, shopping complex merupakan tempat-tempat yang amatlah tidak digalakkan merokok. Hilang selera saya nak makan, rasa ringan je kaki nak kasik flying kick. Dengan cara ini, anda tidak akan mengganggu keselesaan orang lain.

Justeru itu, saya berharap anda semua akan memeprtimbangkan permohonan saya agar kehidupan seluruh rakyat Malaysia akan lebih tenteram. Agar ketika saya sedang asyik menikmati sarapan, mahupun tengahari mahupun malam, saya tidak perlu menghirup gas-gas beracun yang telah dihasilkan dengan titik peluh anda. Kalau boleh, nanti dah kene barah paru-paru ke barah otak ke, pandai-pandailah operate sendiri, banyak lagi bende doktor2 kat Malaysia ni nak buat.

Akhir kata, dipersilakan merokok sekiranya anda mampu akur pada kenyataan yang tertera di atas.

Sekian, terima kasih.

***************

Muhammad Afif As-Siddiq

OLD / NEW