PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Fakta tentang Raksasa Bergelar Lipas
Monday, August 6, 2012 • 10:22 PM • 0 Surat Layang

Assalamualaikum, 

Harini aku nak kongsi fakta tentang lipas. Okay, lipas tu apa sebenarnya? Definisi aku, lipas adalah serangga yang ade antena dekat kepala, kaki berbulu mengalahkan bulu manusia, mereka mampu membuatkan manusia ketakutan + kegelian serta menjerit bagai diserang histeria, kira macam perogol berisi argh. Hahaha.

Ok, korang takut ke dengan lipas? Pada aku, aku sikit pon takde heranlah sama lipas, tapi kalau yang terbang kononnya nak menyamar jadik rama-rama tu, komfem bercicit aku lari :P Korang pon sama , takyah nak gebang argh :B Hahaha, mana taknya. Bayangkan kaki dia yang berbulu tu, merayap kat badan kau. Tidak ke terasa kenikmatan berpanjangan tu. Kalau boleh rasa nak sental kulit ni, pakai sebotol pencuci Downy sampai hilang bau, rasa dan  virus2 yang dibawa bersama oleh lipas-lipas jahanam tu -__-

Ok, berbalik kepada tajuk tadi. Rupanya, ade banyak fakta yang aku tak tau, pasal lipas ni rupanya. Antaranya adalah:


09 COCKROACH1 20 Fakta Menarik Tentang Lipas
  1. Sila bayangkan dia kini sedang merayap di badan anda.
  2. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
  3. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
  4. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  5. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  6. Lipas mempunyai darah berwarna putih
  7. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  8. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  9. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  10. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
  11. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
  12. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  13. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  14. Lipas ada gigi di dalam perutnya
  15. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
  16. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
  17. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
  18. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
  19. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
  20. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  21. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa .
Hahaha, lain kali, bila nampak lipas jangan lari, kasik tangkap sama dia, kita kaji sama ade, fakta2 tadi, betul ke tidak :B

OLD / NEW