PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
KENAPA HOMEWORK TAK BOLEH SIAP, MENJELANG CUTI RAYA?
Sunday, August 26, 2012 • 2:05 PM • 0 Surat Layang

Assalamualaikum,
Harini aku nak citer pasal, sebab homework tak boleh siap menjelang cuti raya. Hahaha, cube korang log in facebook korang sekarang, komfem ade adek2 bawah umur yang sebok dok post pasal keje rumah yang tak siap. Hahaha, ade yang sibuk nak buat last minutelah, ade yang sibuk nak salin kawan punyalah tak ketinggalan jugak, yang buat tak kesah. Konon-knon hebatlah. Bagi yang usia dah lanjut, hahaha, bukan yang tua-tua tu, tapi yang dah lepasan skolah tu, mesti korang macam pelik, asal homework tak boleh nak siap? Jadik kat sini, aku nak ketengahkan sebab kenapa homework amatlah susahnya nak siap ;B

Sebelum menjelangnya raya, *masih puasa*

Waktu tu, agak ramailah yang dah balik kampung, almaklumlah, semangat nak raya. Kalau macam aku yang rajin lagi hensem ni *rakyat bersorak* , aku sibuk nak buat ketupat, nak bakar lemang, nak parut kelapa *sila muntah* Keji betul kedustaan yang aku buat tadi :B K, dah lari topik. Kenapa waktu bulan posa tak boleh siap? Sebab: 


 Pilih buku sejarah, konon-konon nak menghafal info2 penting yang membelitkan kepala otak ni. Tapi kesudahannyaa: 


 Bulan-bulan puasa ni, memang sedap gila ni. Lagi-lagi kalau dapat kipas sebijik, kasik pasal volume 3. Pastu letak bantal, memang boleh mengigau time tu gak ;B Dah, pulak, layan buku sejarah. memang komfem keluarlah segala kuak lentang, kuak bebas dan macam2 kuak lagi .
Menjelang syawal

Masa, menjelangnya bulan syawal ni, memang agak susahlah nak tengok orang dok ke hulu ke hilir bawak buku teks kan? Yang paling often kita nampak, nampak budak-budak tengah dok bawak sampul duit raya sambil tersenyum nakal konon-knon dah kaya gila. Kalau time puasa, tak siap pasal nak merehatkan mata. Tapi, bulan syawal, apasal pulak?

Masa awal2 tu, memang terniat nak buat homework,. Tapi, bila tengok makanan-maknan yang menggugat keimanan tengah menari depan mata, buat aksi2 ghairah. Memang tak boleh tahan lah. Cakap dalam hati, *lepas makan, aku buatlah* Konon-knon perut kenyang, hati senang. Ilmu pon sennag masuklah. Hahaha, padahal ending dia , tergolek atas lantai macam bola nak kene sepak.
Sekarang hampa semua paham dak asal homework tak boleh nak siap tatkala menjelang cuti hari raya. Cikgu2 yang baik lagi bergaya pon, sepatutnya kenelah paham, hw jangan banyak sangat masa cuti rya ni. Yelah, kalau cikgu2 pon nak kene tanda buku pelajar masa cuti ni, memang tak sedaplah raya kan? Habis, pelajar2 ni pon samalah jugak XD Di kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua umat islam dan rakyat malaysia. Sila pastikan beg skeolah telah dikemaskini sebelum berangkat ke sekolah pada esok hari. Akhir kata dari saya, besok ISNIN, harini AHAD, Asrama menyeru, rumah menghalau. sekian, Assalamualaikum.


OLD / NEW