PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
FILEM INNOCENCE OF MUSLIM
Saturday, September 22, 2012 • 3:18 PM • 0 Surat Layang


Assalamualaikum,

Lately ni, kecoh kat berita dengan surat khabar pasal satu filem pendek yang diberi tajuk "the innocence of muslim" yang dikatakan menghina nabi Muhammad SAW. Mula2 tu, aku macam tak kesah sangat memandangkan bende macam ni memang dah sering berlaku, orang kafir memang seringkali cemburu dengan agama Islam ni. Tapi , haritu masa adik aku pergi tengok kat youtube, aku sempat jugaklah intai2 sikit memandangkan aku malas nak tengok banyak-banyak.

Dan terbukti yang filem tu menyuntik fahaman yang salah berkenaan islam, diorang cakap islam ni terorist. Pastu pelakon yang melakonkan watak sebagai "Muhammad palsu" tu dipakaikan pakaian yang mendedahkan aurat seorang lelaki. Dan pengarah tu siap sisipkan unsur2 lawak yang mungkin dia fikir orang islam akan ketawa tengok video sedemikian rupa.

Haritu, kecoh plak seorang lelaki Malaysia *aku tak kenal nama dia* , dia post kat burung biru *twitter*, kononnya kata "orang islam tak perlu kecoh pasal tu" <-- lebih kurang camtulah. Lebih memeranjatkan, dia tetap mempertahankan tweetnya tersebut sehinggalah , dia menarik balik tweet tersebut selepas mendapat cemuhan daripada masyarakat. Memang , kadang2 diorang pikir bende ni bende kecik, tapi, cube jadik kat batang hidung sendiri. Komfem korang marah kan? Jadik jangan buat orang, nanti orang buat lagi teruk kat kita.

Dengar cer, pengarah tu dah main nyorok2 memandangkan beliau mendapat kecaman daripada pelbagai pihak. Sekarang ni, pihak YOUTUBE mahupun GOOGLE , masih berkeras untuk tidak memadam filem tersebut. Jadik, kat sini, aku nak mintak korang, Cuba sedaya upaya untuk Band laman web tersebut, buat sementara waktu sampailah video tersebut dipadam 100%.  Sekian, Assalamualaikum.

Nota kaki: Kalau korang rasa berita ni cuma hal kecik, cubelah pergi tengok sendiri video tu. 


OLD / NEW