PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Misteri Dinasour Humanifif
Friday, September 28, 2012 • 4:32 PM • 0 Surat Layang

ASSALAMUALAIKUM
Tak jawab dosa besar, masuk api neraka *gelak evil*
Harini aku nak citer pasal zaman kegemilangan melayu melaka, Pada zaman dahulu, ade seorang datuk dan nenek, Mereka benci akan sejarah. K , dah lari tajuk. Aku nak coter pasal zaman kegemilangan aku dulu, masa kulit masih putih, muka masih suci serta bebas dari dijajah oleh jerawat2 jahanam. Pastu takde masalah rumah tangga nak dipikirkan. Masalah rumah tangga, aku dah kahwin ke? Jeng3, *efek khas filem*.
Alaaaa, aku rasa, kebanyakaann yang aku nak citer ni, komfem korang pernah buat gak, tak yah tipulah *campak taik sugar gliders*. Antara benda yang aku rasa tersangatlah famous mengalah Wabak Oppa Gangnam style tu adalah, kegilaan pada Power Rangers. Tiap petang, lepas balik mengaji dengan sonkok tak bukaknya, dah readu duk depan tv, nak tengok citer. POWER RANGERS. Apa kereknya nak Caps Lock bagai? Suk akulah, blog aku. Hahaha *ketawa tersipu2 malu mintak penyepak*
Habis je citer tu, masing2 akan melakonkan semula watak2 yang diorang gemari. Istilah cop mengecop memang tersangatlah penting dalam hal ni. Sampai ade yang bergaduh bertumbuk nak 'cop' power rangers tu. Pastu, dulu2 , aku suka sangat panjang dinding, alaaaa, janganlah bongoks sangat, bukannya panjat gaya cicakman sambil jelir2 lidah, Macam, bila lalu kat pintu, kat situlah ilmu ninja yang diperturunkun oleh Mahaguru Roshi dari Kangewa , Jepun (Ade ke nama tempat camtu?) .
Terasa begitu bangga dirini tatkala berjaya berdiri umpa papan tanda jalan kat situ, Rasa macam dah takluk gunung Everest. Masa tulah, akan terdetiknya minat untuk menjadi pelakon aksi ngeri yang dikagumi semua. Bajet2 dia sorang je reti buat. Huahuahua. Pastu, masa aku kecik, aku amatlah takut nak makan kacang hijau. Sebab apa? sebab apa? *dikerumuni wartawan*

Sebab aku takut pokok tu tumbuh dalam badan aku. Hahaha, naif sungguh kepala otak aku yang Kecik ni. Yelah, sebab kat sekolah rendah dulu, kan slalu buat ekspelimen penanaman pokok kacang hijau kat skolah, pastu nanti bila dah besar  pastu berulat pastu buang sebab geli. Hahaha, *lap air mata palsu* Terasa tua plak, mana dah pergi kawan2 aku yang berjuta2 kat skolah tu dulu, Berjuta? Beratus pon tak sampai =.='  Aku tak bercampur sangat kat skolah dulu, almaklumlah, budak hensem, orang nak dekat pon cuak.

Sekian, aku malas nak buat penutup panjang2. Kalaulah cikgu bm nampak ni, kofem kene panggil bilik disiplin sebab tak pandai buat penutup . Hahaha * bunyi cengkerik* , yelah2 tak lawak, foine, foine. Bye. Samekum *lambai gaya mister Universe, kenyit2 mata*



OLD / NEW