PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Ohana means Family
Monday, September 3, 2012 • 6:18 PM • 0 Surat Layang

Assalamualaikum, *taring sarang lebah* *lari kene kejar*

Dah lama aku tak update blog usang ni :3 Aku tau, semua pembaca yang tak seberapa amat menyintai merindui aku yang hensem lagi bergaya ni, (sila abaikan statement keji ni) , Acteli <-- bahasa mintak penyepak. Harini, aku nak bagitau satu berita baik, ahli keluarga aku dah bertambah TT^TT Cane boleh bertambah? Mak aku mengandung? Teeet, jauh tersasar. Sebenarnya, pada 31 Ogos yakni hari Kemerdekaan negara, aku dah beli menatang bernama Sugar Gliders. Kenapa ade S? Sebab aku beli sepasang :3 Dengan harapan diorang akan buat anak ramai2 :B

Okei, mungkin ade yang tak berapa nak tau, acano rupanya sugar gliders tu, k sebenarnya, aku nak lukis guna Paint Tool Sai bagi menunjukkan kreativiti serta bakat yang terpendam di lubuk hati saya ni , tapi terdapat kekangan yakni kemalasan yang begitu berleluasa dan berkuasa di dalam hati saya yang suci, bersih lagi putih ni, jadik terpaksalah aku meminjam gambar binatang tersebut yang comel lagi molek dari Pakcik Google.

Nampak tak betapa comelnya makhluk tuhan ni :3

Okay, pada hari pertama, bapak aku suruh pikir, nak kasik nama apa? Pastu keluarlah nama-nama orang putih, yelah, barulah bergaya lagi verstail, tapi akhirnya, bapak aku telah menggunakan kuasa vetonya sebgai salah seorang pemegang saham terbesar dengan menamakan mereka dengan nama yang begitu unik. Yakni, LABU dan LABI. Itu nama pendek, nama panjang JOHN LABU dengan JOHN LABI. Masih ade sikit baci2 orang puitih di situ~

Sebenarnya, aku masih belajar nak menjinakkan mereka. Labi yang aku tak begitu pasti jantinya, dah boleh main keluar2 sangkr, dah boleh merayap kat badan, tapi malangnya, LABU plak masih garang gila babeng. Baru nampak orang dia dah tunjuk gaya seorang guru silat tengah marah, pastu bile nampak tangan aku yang tak begitu berbulu ni, dia dah bukak langkah silat lantas menyerang dengan gaya seekor ikan dolphin yang begitu garaangs. Penat aku ikut tips dekat blog2 yang berpengalamn mengedalikan binatang ni, tapi masih tak begitu menujukkan hasil -____- Diorang cakap, jangan terkejut bila binatnag tu serang, tapi masalahnya, terkejut tu bukannya dibuat-buat :B 

K dengan karangan yang tidak sepanjang karangan format SPM ni, aku rasa sampai situ je harini ;) Akhir kata dari aku, FINAL EXAM IN FEW MORE WEEKS. Dan kepada sugar glider yang garang tu, amatlah tolong jinakkan diri anda ;) Sekian, Assalamualaikum.

Kepada sesiapa ade tips berkesan untuk jinakkan binatang ni. Tolonglah bantu aku yang comel lagi bergaya ni *kelip2 mata*

OLD / NEW