PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Sugar Gliders Kahwin Lari
Thursday, September 27, 2012 • 8:22 PM • 2 Surat Layang

Assalamualaikum,



Harini aku nak citer pasal 'kehilangan' sugar gliders kesayangan aku semalam. Wokay, semalam, balik je dari sekolah, aku dikejutkan dengan berita yang buat cikgu fizik kasik aku A, SUGAR GLIDERS aku hilang. Kenapaade S? Sebab dua2 pon dah hilang, Mula2 skali, aku syak diorang dah lari pi siam. Nak kahwin lari leww tu. Tapi, memandangkan masa untuk suspek melarikan adalah singkat, mustahil bagi diorang untuk lari jauh.



Dengan muka penuh kekesalan, aku sarung selipar adik aku yang sempit tahap sarung nangka, aku pergi dekat pokok2 depan rumah dengan harapan diorang akan melompat turun mendarat kat hidung aku yang besar macam terowong bawah tanah ni, aku carik dalam longkang. Pastu dalam semak2 tu, tetibe aku nampak ade bende keluar. Aku dah happy dah, nak lompat dengan gaya penerjun udara, tetibe yang keluar dari semak tu adalah T.U.P.A.I . Dan aku nak tegaskan kat sini, tolong jangan percaya dengan gambar tupai yang korang tengok dalam citer kartun mahupun dalam citer zoo. Tupai sangatlah tak comel, dengan misai macam musang, berani dia memperdayakan aku -__-

Jadik aku pon baliklah rumah dengan hati penuh kesebalan, masuk rumah, aku geledah seluruh kawasan rumah, celah2 batu, celah2 timbunan emas dan permata kat dalam bilik aku, tapi malangnya takde petunjuk yang diorang tinggalkan. Sat tulah aku sedar, aku perlu kembali pada yang maha kuasa. Aku buat solat hajat dengan harapan diorang akan muncul. Sedaya upaya aku cuba nak keluarkan air mata aku untuk wujudkan suasana sedih lagi sayu sambil membayangkan diri sebgai seorang pelakon drama sedih yang tengah menangis beriya-riya.



Pastu aku bukak internet, carik 'kalau sugar gliders hilang'. Banyak gak maklumat yang aku jumpa , dan ade yang jumpa balik, dan ade yang takde kesudahannya. Aku dah cuak, adakah nasib aku akan berkesudahan dengan kekesalan semata-mata? Jeng3 *efek filem* Petang tu, aku dah merancang untuk melaksanakn ekspedisi mencari sugar gliders memandangkan diorang amatlah ektif tatkala bulan muncul bersma wajahnya yang berlubang2. Bapak aku balik, disebabkan malas nak dengar ceramah free of charge, aku bagitaulah , 'kemungkinan' untuk jumpa balik.

So, bapak aku pon cariklah bersama dengan lampu suluh dengan gaya seorang pencegah maksiat tengah carik orang beromen. Tetibe *adegan saspen* , bapak aku dengar bunyi orang mengerang kesedapan (auta semata-mata), bunyi sugar gliders sebenarnya, dan mereka ditangkap sedang berseronok2 dalam beg tuisyen adik aku.



Agak2 lah nak buat maksiat, dalam beg tusiyen kot. :P Hahaha, kesudahannya , aku dah jumpa balik sugar gliders aku, dan seperti biasa , diorang tak suka dicium. Ceyh, bukan senang nak dapat kucupn mesra dari aku ni.

 

OLD / NEW