PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Orang buta, Boleh mimpi tak?
Saturday, October 6, 2012 • 11:33 PM • 4 Surat Layang

Cinta itu buta TT^TT

Assalamualaikum,

Harini aku nak tanya korang. Pernah tak korang terpikir, orang buta, boleh mimpi atau tidak? Adakah dalam mimpi diorang boleh nampak tetapi dalam realiti diorang buta? Kalau betul, macam mana diorang boleh bezakan yang mana mimpi, mana realiti? Ha, cano tu?

Jadik, sekarang ni,. sekarang ni., persoalan yang bermain di lubuk fikiran korang tu, aku akan jawab dengan pantas. Eceeeyhhh., Tapi sebelum tu, tolonglah, tolonglah klik (sini) dan (sini). Buta ni sebenarnya, terbahagi kepada 2 jenis. Iaitu:


1. yang buta sejak dari lahir lagi.
2. Buta selepas lahir.(menjalani kehidupan normal dan tiba-tiba penglihatan hilang disebabkan kemalangan atau sebagainya)

Okay, bagi yang pertama tu, mimpi dia akan berkaitan dengan deria yang dia ada sebagai contoh rasa, hidu, sentuh,pendengaran. Dan mereka akan bermimpi tanpa sebarang paparan imej.

Manakala kategori yang ke-2 tu pula akan mimpi seperti manusia biasa yang memaparkan imej. Tetapi ada perbezaan sedikit dengan manusia biasa kerana keterbatasan pengalaman deria penglihatan.

Fakta tentang mimpi: Kita akan lupa 90% daripada mimpi kita, dan kita hanya akan mimpi semasa kita tidur. Kalau mimpi waktu sedar , itu kita panggil mimpi di siang hari XD 

OLD / NEW