PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Tips meniru dalam exam
Saturday, October 6, 2012 • 9:11 PM • 1 Surat Layang


Assalamualaikum,

Nampak tak tajuk yang penuh kontroversi kat atas tu? :P Hahaha, seperti yang kita sedia maklum, PMR dengan SPM dah dekat kan? Jadik, harini aku nak kongsi sikit tips untuk meniru dalam exam. Lol, satu ketika dahulu *flashback* aku seorang pelajar yang sangat baik *kelip2 mata buat muka comel* , tapi, sejak menjejakkan kaki ke alam f4, aku mula mengenal erti meniru. K Auta . Sebelum tu, tolonglah, tolonglah klik (sini) dan (sini)

Ok, takmo cakap banyak. Jom kita start dengan tips pertama:

1) Jatuhkan pen anda

1) Pastikan rakan sekutu sudah bersiap sedia dengan jawapan yang diperlukan.


2) Dengan sengaja, jatuhkan pen anda ke atas lantai.

3) Jangan kutip pen anda sebaliknya, angkat tangan mintak cikgu tolong ambikkan,

4) Sebaik sahaja, cikgu tunduk nak ambik pen, cepat-cepat, panjangkan leher sepanjang leher zirafah tengok kertas jawapan rakan sekutu anda.


Nota kaki: Semasa cikgu tunduk, jangan sesekali pergi sepak punggung dia XD

2) Gunakan bahasa isyarat

1) Yang ni plak, jangan plak guna isyarat yang orang slalu guna dalam game baseball tu. Komfem2 lah katoi. Korang gunalah bahasa isyarat yang tak menimbulkan syak wasangka.
2) Gunakan kod pada wajah. Ha, cano tu? Cani cara dia:

Setiap bahagian pada wajah anda mewakili satu jawapan. Contohnya, kawan anda tanya, soalan 1, dan jawapan korang adalah A. Korang buatlah2 garu bahagian dahi. Kalau jawapan dia B, korang buat2lah, garu hidung plak.

Nota kaki: Kalau jawapan dia B, jangan pulak korang pergi korek hidung. Garu diluar sahaja.

Tu je, tips dari aku. Nanti, masa exam, korang trylah buat. Tapi kalau kantoi, terimalah padahnya. Cubalah buat muka kiut sambil kelip2 mata. Mungkin cikgu tu kasik korang lepas :P Sekian, Assalamualaikum.


OLD / NEW