PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
8 SEBAB AMALAN DITOLAK
Tuesday, November 6, 2012 • 8:21 AM • 0 Surat Layang

Assalamualaikum,

Akhirnya setelah sekian lama berkabung di atas kekecewaan mendapat result yang begitu berwarna warni, aku merajinkan diri untuk meng"update" blog yang dah bersawang ni. Harini aku nak kongsi tentang 8 sebab amalan kita tak diangkat kelangit. Kengkadang, kita berdoa bagai nak gila, tapi doa kita tak dimakbulkan. Mungkin Allah nak uji kita atau mungkin kita pernah buat sesuatu yang mengakibatkan amalan kita tak diangkat kepada Allah.

Daripada hadith, amalan kita akan diangkat ke langit oleh Malaikat setiap hari untuk dihadapkan kepada Allah S.A.W. Sebelum sampai kepada Allah, amalan kita akan ditapis di 7 lapisan langit yang mana setiap lapisan mempunyai Malaikat yang menjaganya. Berikut ialah sebab-sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit:

1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

๑๑ Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu: ๑๑

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah S.A.W. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Jadikan petikan hadith ini sebagai peringatan dan panduan dalam kehidupan seharian kita.

OLD / NEW