PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
PENGEMBARAAN KE NEGERI BAWAH BAYU
Monday, November 26, 2012 • 5:57 PM • 0 Surat Layang

Assalamualaikum,

Dah lama gila nak mati aku tak update blog yang tak berpelawat ni, almaklumlah, sifat malas yang begitu menebal memaksa aku untuk terus melaksanakan aktiviti penternakan. Penternakan? Sejak bila plak aku mula beroperasi sebagai penternak? Tu yang korang tak tau, aku sekarang dah jadik penternak berjaya. (hidung jadik panjang cam Pinnochio) .Menternak lemak di badan merupakan aktiviti sampingan sambil tengok2 tv.

Haritu, aku ikut makcik aku pergi melawat makcik aku yang stay kat Sabah. Pergi hari khamis, balik Hari Sabtu. Awal2 pagi, aku dah dikejutkan dengan alunan merdu suara mak aku, masuk bilik air, tak payah citer argh cane sejuknya, rasa taknak keluar argh. Lgai sanggup jadik penunggu dalam tu. Baru siap pakai baju, lambogini (betul ke aku eja?) aku dah sampai, terpaksalah aku melupakan idea nak bergerak slow motion jet2 artis masuk kete. (padahal naik Van barang). Dalam perjalanan tu, aku sibuk berlatih depan cermin gaya nak menggoda awek2 Sabah.

Masuk je flight, aku terus terbongkang atas kerusi. Sampai pramugara tu kejut aku pon, aku buat derk je. Sampai2 kat sana. Terus pergi jeti, memandangkan makcik aku duduk area pedalaman. Ingatkan nak naik cruise macam yang orang kaya naik tu , rupenya naik bot. Ala, bot yang biasanya pendatang haram naik tu. Masuk situ, tetibe aku dapat rasa aura pendatang haram meresap masuk dalam diri aku. Duduk dalam tu, teramatlah bosan. Rasa nak lompat dari bot pastu berenang pergi Olimpik London. Malangnya, kalau aku berenang, nanti nampak macam dugong hanyut. Silap2 ade nelayan yang campak jala dekat aku.

Sampai kat umah makcik aku, dengan begitu jakuns tahap babun, aku meneroka rumah tu. Dari satu bilik, ke satu bilik aku usah baik punya. Rumah dia ade 2 tingkat, masuk tingkat bawah, rasa feelingless, macma rumah biasa yang tak menarik (cekidout kot2 makcik aku ade kat sini) , naik tingkat dua, Habik kau, TV LCD entah berapa Inci. Kerusi Lorenzo buatan Perancis (ni tipu) , terus aku lompat2 atas kerusi, lari2 kat balkoni pastu tertidur depan tv, maklum argh, kat umah, tv tak sebesar kat situ.


Besoknya, ktaorang naik van beramai-ramai, punyalah sempit, macam Sardin kene sumbat dalam tin.(berperibahasa bhai)  Naik van pergi Kudasang. 3 Jam siooootttt. Lenguh kaki aku duduk bersimpah dalam  van (ini auta). Sampai kat sna, kitaorang pergi pasar kat sana, fuuuh. Sejak bhai, macam duduk dalam bilik aircond siot, feeling2 ade kat new Zealand.Pastu terus carik homestay yang telah ditempah oleh makcik aku, serius cakap, kat sana , sensitiviti masayarakat tenatng anjing agak rendah. Sebab kat sana ramai kristian, tu paham2 jelah. Gereja bersepah kat sana. Sampai je kat homestay, hambik lu, keluar amoi cina seksi pakai seluar pendek, makcik2 aku, apa lagi, keputusan sebulat suara dipersetujui.

Tukarlah tempat homestay, sampai homestay, tido. Besoknya, pagi2, kitaorang pergi Ladang lembu. Jangan salah paham, kitaorang pergi ladang lembu susu. Kau paham2 jelah, kat situ sejuk, pastu lembu2 kat situ lembu susu. Tanpamembuang masa, aku ambik gambar, pastu tweet, #NewZealand. Konons, ade orang tertipu. Padahal, takde sapa kesah pon. Maklum argh, aku bukan artis orang nak ambik peduli. Pastu, kitaorang pergi tempat ikan yang kita boleh masuk kaki. Ikan besar saiz lengan , datang mintak maknan. Kau campak makanan, berebut2 macam ikan Piranha. Tetibe, ade sekor yang rupa dia lain macam, macam ikan keli. Mulut ternganga minatk kaki.


Then, kitaorang pergi ladang Teh. Ingatlah best, rupanyaaaaa, takde bende kat situ -__- Dapatlah tengok pokok2 renek yang tak takde bunga dan tersangatlah tak menarik. Pastu pergi makan, then pergi mandi kat kolam air panas. Bayaran dia tersangatlah mahal, serius cekik darah gilaaaa -____________- Harga dia adalah seperti berikut:































































 Dewasa 2 ringgit
Kanak-kanak 1 ringgit

Mahal kan? Hahaha, dalam tu takde bende sangat pon sebenarnya. Adelah beberapa kolam air panas yang buat darah berderau naik ke kepala. Boleh pulak ade anjing berkeliaran dalam tu, aku macaaaaam. Defuuuuqq? Orang kat situ, buat dono je, entah anjing tu kencing dalam kolam air panas tu, manalaah tu -_- Pastu, ade satu kolam yang sejuk macam tengah berenang dekat kutub utara. Nk feeling jadik ikan duyung pon tak boleh, macam anjing laut adalah. Tapi mandi kejap je, sebab makcik aku sibuk nak balik awal. Mengada dia. Pastu,habsilah aktiviti jenjalan aku. Sekian, tamat sebab aku malas nak taip. 


OLD / NEW