PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
APA HUKUM MAKAN TAK BAYAR?
Sunday, December 9, 2012 • 12:38 AM • 0 Surat Layang

Korang pernah makan kat kedai mamak? Jangan tipulah kalau tak pernah, aku tau korang dengan mamak tu dah cam besfwen. Kalau kat kedai mamak , kebiasaannya, kita ambik makanan dulu, lepas makan baru bayar kan? Jadik harini  aku nak tanya, Apa hukum, kalau kita dah makan, tapi kita tak bayar? Contohnya, lepas makan kat kedai mamak tu, dengan gaya penjenayah bajet innocent, slambe badak je kluar dari kedai. Pastu, bila tuan kedai mintak hutang, dia buat Aiman tak kesah je.

Jadi, apa hukum dia? Okay, situasi sebenar macam ni, jujur, aku bukan nak nak bukak skirt aib korang, but, aku just nak hak aku. Haritu sekolah aku ade buat Jamuan Hari Raya kat sekolah. Memandangkan aku sekolah teknik, jadik kitaorang dibahagikan kepda jurusan masing2. Jadik aku jurusan awam gabunglah dengan lagi 2 kelas. Setiap jurusan, kena buat jamuan hari raya sendiri kat dalam dewan. Adalah ruang masing2. Jadik, bincang punya bincang. Aku selaku pelajar yang paling kacak lagi bergaya (ini auta) , diorang suruh aku bawak rendang and kuah kacang memandangkan aku tak duduk asrama. Jadik macam senang sikitlah nak bawak makanan semua.

So, balik tu, aku teruslah bagitau kat mak aku pasal nak bawak makanan tu, which means mak aku kenalah masak. Bernanah jugaklah telinga aku dengar mak aku berleter, dia penat. Tersangatlah penat, kerja satu ahri, puasa pulak tu. Tetibe , nak kene masa untuk jamuan pulak. Aku cakap kat mak aku, yang aku DIJANJIKAN bayaran untuk makanan tu. So, bapak aku pon keluarkanlah modallah kirenya. Beli nasik impit, ayam, dengan bahan2 dia, kacang tanah. Semua skali 140++, dari petang sampailah malam , mak aku kat dapur. Sangguplah pinjam gas dari jiran, dah siap masak, lebih kurang dekat pukul 11. Aku time tu pikir, aku buat bende ni, diorang bayar, jadik kenelah buat elok2 semua. Besoknya, aku bawak pergi sekolah.. And jamuan tu macam biasalah. Lupa nak cakap, sebelum maask makanan tu semua, dioranga de call aku suruh bawka hiasan untuk jamuan tu, suruh bawka riben, belon, bekas makanan, gunting,alas meja mak aku. Aku kene kluar 20 ringgit nak beli belon semua.

Jadik majlis dah habis, and alas meja mak aku hilang. Masing2 saling tunding jari, taknak mengaku salah. Itu aku lagi, tapi yang buat aku nak mengamuk jadik Raksasa berekor sembilan, bila aku nak kutip duit, diorang layan macam layan pengemis kau tau tak? K, modal semua keluar 140++ campur duit hiasan 20. Total 160. Tapi mak aku suruh mintak 120 je. Kira lagi 40 ringgit tu burn je. Jadik jumlah yang perlu dibayar hanyalah 120 je. Bahagi tiga kelas, 1 kelas 40 ringgit. Bahagi purata satu kelas 30 orang, seorang hanya perlu bayar 1.50. Aku ulang, 1.50 , bukan 15.00 bukan 150.00 tapi satu ringgit lima puluh sen. So, budak2 kelas aku dah bayar langsai sebab bayar pakai duit kelas je. So tinggal lagi 80 ringgit dari lagi 2 kelas. Pastu bila aku suruh kawan aku tolong mintakkan, dia bagitau, budak2 kelas dia MARAH bila disuruh bayar. Ade yang cakap mahal. And bla3. 

So, skang aku nak tnya, HALAL KE MAKAN TAK BAYR? Bende dah jadik darah daging, dah telan dah masuk perut. Kenapa tak boleh bayar? 1.50 tu mahal sangat ke? Korang pergi kantin, apa sangat korang dapat dengan 1.50 tu weyh? Korang tak pikir ke, kalau aku haramkan bende yang korang taknak bayar tu, tak berkat weyh., serius tak berkat. Tapi takpe, kalau korang rasa, korang tak kesha benda haram mengalir dalam badan korang, teruskan. Tak payah bayar duit mak aku. Nanti masa kat padang mahsyar, pandai2lah korang datang carik mak aku bayar hutang korang guna pahala. Tapi, aku nak cakap trimas kat budak2 yang dah bayar and cuba tolong aku dpatkan duit aku, trimas sejuta kali kat Aliah Ali sebab berhempas pulas tolong aku mintak duit kat kengkawan kau. Sekian, tolong., tolonglah jangan marah aku hanya sebab aku mintak duit bagi pihak mak aku yang dah berhempas pulas masak untuk korang.


OLD / NEW