PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
JANGAN PEGANG BOTOL AIR INI !!
Monday, December 31, 2012 • 5:18 PM • 0 Surat Layang

Assalamualaikum,.

Tak! Jangan pegang ! Don't touch me ! Bukan muhrim lah siaaa ! Hahaha, k lari tajuk. Harini aku nak citer pasal bahaya mengambil barang dari orang tak dikenali. Tapi, kali ni, aku bukan nak citer pasal, jangan ambik lolipop dari pakcik2 perut boroi kat luar skolah, tapi pasal, jangan ambik botol air dari orang tak dikenali dekat Airport. Kenapa? Sebab dalam tu, diorang letak racun untuk jadikan korang Doremon. Hahaha, lawak tak? (tampar diri sendiri). Okay, abaikan apa yang aku cakap tadi. 


Okay, cerita yang sebenar adalah sebegini.  Sekiranya anda berada di Airport, jangan ler sesekali ringan tangan nak tolong pegang BOTOL AIR tak kira la awang jambu ker, awek lawa ker walaupun dlm mase yang singkat..

Peringatan nie akan membolehkan anda tidak dianiaya dengan HUKUMAN MAMDATORI Gantung sampai MATI! kenapa??

Satu Peristiwa telah berlaku dan Pihak Kastam US telah upload satu video hakikat BOTOL AIR. Kalu tengok dgn mate kasar,memang nampak mcm botol biase je tp hakikatnya ade tempat simpanan tersembunyi didalam botol yang biasanya digunakan oleh penyeludup dadah utk menyembunyikan dadah jenis Kokain.

Jom Layan Video oleh Kastam US...


 Tengok dia buat magik, pusing2, tetibe kluar dadah. Dahsyat bukan? :O 


So, lepas nie kawan2 kena beringat lah kalu ada kat Airport. Waima org pempuan tu perempuan mengandung atau org tua sekalipun, kalu dia hulurkan botol atau ape jua barangan,jangan pegang, sebaliknya bagi diorang satu renungan maut, pastu bagi flying kick dekat botol tu. Hahaha, (jangan ikut apa yang aku cakap), korang suruhlah dia letak atas lantai ke, tak pon, suruh dia minum. 

OLD / NEW