PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
PKK SEMALU BERKAIT RAPAN DGN PRMPUAN
Sunday, December 30, 2012 • 9:17 PM • 1 Surat Layang


Assalamualaikum, 

Korang tau tak apa tu pokok semalu? Alah, pokok yang bila korang sentuh , nanti dia kuncup konon-konon malu tuu. Haa, dulu masa zaman sekolah rendah, zaman2 kecomelan aku (muntah sepuluh baldi) , aku slalu gaklah carik pokok tu semata2 nak tengok dia kuncup. Haha, korang tau tak yang pokok ni sebenarnya berkait rapat dengan kaum hawa. Tak tau kan? Ha, ni nak kasik taulah ni.

Okay, citer dia macam ni. Pada suatu hari Nabi Muhammad SAW, berjalan-jalan bersama Saidatina Fatimah r.a, Setibanya mereka di bawah pokok tamar, Fatimah terpijak pokok semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan apalah gunanya pohon semalu berada di situ dengan nada sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasullullah menyambung kata-katanya lagi. para wanita hendaklah mengambil 4 aspek pengajaran daripada pohon semalu ini.

1. Pohon semalu kuncup apabila disentuh ini diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya/bertempat) 

2. Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu wanita perlu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

3. Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah.

4. Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. oleh itu wanita sekalian kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya tumbuhan kecil..


Dengan itu, para kaum hawa, jadilah seperti pokok semalu.  Bersamalah kita berusaha beramal ke arah kesempurnaan . Amin :) 

OLD / NEW