PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
WELCOME JUNIORS *asah gigi*
Sunday, January 27, 2013 • 1:29 AM • 1 Surat Layang


Pagi itu, udara pagi terasa begitu nyaman. Haruman bunga kertas yang tidak mempunyai bau, memenuhi ruangan udara. Entah kenapa, semua pelajar seolah-olah begitu bersemangat untuk pergi ke sekolah. Bilik air yang kebiasaanya lengang, kini dipenuhi pelajar, beratur menanti giliran membersihkan diri. Dewan makan yang kebiasaanya hanya dipenuhi pelajar tatkala perhimpunan hampir bermula, kini penuh sesak dengan pelajar. Surau Al-falah turut mendapat sambutan daripada para pelajar. Perasaan pelik dan hairan bercampur baur dalam benak fikiranku. Mengapakah hari ini segalanya tampak begitu berbeza? Kalender Kamdar yang diperolah secara percuma kutatap penuh hairan. Anak mataku bergerak dari atas hingga ke bawah. Seolah-olah mesin pengimbas di pasaraya cuba mengesan kod-kod di belakang produk.

"24 haribulan satu". Mulutku ternganga, hatiku berbunga. Rasa gembira tidak terkata. Badanku terasa ringan, seolah-olah mahu melompat turun dari bangunan uzur itu pada saat itu. Tetapi, sebaik sahaja melihat betapa tingginya tempat aku berada, hasratku yang suci lagi murni itu terkubur begitu sahaja. "Harini junior masuk" Jerit salah seorang temanku. Hari ketibaan junior merupakan saat yang aku nantikan sejak hari pertama menjejakkan kaki di asrama ini. Kerana mereka, kami terkurung disini harmpir sebulan. Seolah-olah kami disuruh menunggu ketibaan tetamu kehormat. Dan kerana mereka jugalah tayangan yang dinantikan pada setiap hujung minggu terpaksa dibatalkan. Tiada keseronokan, tiada kegembiraan. Kini, mainan yang dinantikan telah tiba. Aku tersenyum penuh makna, jelas terpancar keterujaan aku untuk menyambut ketibaan adik-adik.

Lantas, aku mengorak langkah dengan pantas menuju ke arah dataran perhimpunan bagi mendengar taklimat bagi menyambut ketibaan mereka. Pagi itu, segalanya begitu lancar. Termasuklah dengan tidurku yang tidak diganggu oleh mana-mana guru. Entah apa yang diperkatakan sejak tadi, tapi aku tak peduli. Apa yang aku tau, aku mahu menjadi senior yang akan membantu para junior mengangkut  barang."Kenapa kau nak susahkan diri kau buat benda camtu?" soal salah seorang daripada temanku, aku hanya tertawa kecil. "Manalah tau, dapat kenal dengan junior kaya, bolehlah aku pau makanan dia" jawabku penuh selamba. Temanku hanya mampu tersenyum mendengar jawabku yang begitu prejudis itu.Aku sendiri tidak mengerti apa maksud prejudis, cuma perkataan itu kedengaran begitu ganas sekali . Setelah sesi pembahagian tugas, seperti biasa, langkahku dihala mengikut kepalaku sendiri.

Aku berjalan penuh selamba menuju ke arah kelas tercinta. Yang sering kali dimeriahkan dengan nyanyian cengkerik yang muncul entah dari mana. Kelas sentiasa senyap, entah kenapa, seolah-olah mulut masing-masing terkunci daripada berbicara. Mungkin masih awal bagi mereka untuk bergaul sesama sendiri, maklumlah, tahun lepas masing-masing datang dari kelas yang berbeza-beza, ada dari kelas 1 yang tak berpuas hati disepak masuk kelas ini. Termaksuklah diriku sendiri, nak diikutkan, tidak seteruk mana keputusanku, apa ke biadapnya diorang masukkan aku dalam kelas ni. Omel aku di dalam hati sambil langkah terus menuju ke kelas. Pintu dibuka, suis kipas dihidupkan, mataku meliar mencari kelibat sesiapa di dalam kelas tersebut. Malangnya, kosong. Tiada sebarang insan yang kelihatan menyemakkan diri di situ.

Hasratku untuk melepak mengoyang kaki sambil mencuci mata melihat keindahan yang maha Ehsa yang baru tiba tidak berjaya, kaki dihentak penuh kecewa. Seperti seorang kanak-kanak yang kecewa tatkala permintaan untuk mencapatkan coklat Ferrero Rocher yang paling besar tidak diendahkan oleh si ibu. Rasa bagai mahu bergolak bagaikan kayu balak menuruni tangga tersebut. Namun memikirkan, reputasiku yang cemerlang, terpaksa ku lupakan hasrat tersebut. Mungkin, aku tipu pasal reputasi yang cemerlang tadi, mungkin aku hanya malu, mahu melakukan sesuatu yang tak dibuat orang. Aku menuruni tangga dengan lagak seorang bintang filem yang sedang memperagakan pakaian keluar butik terkenal. Namun, setibanya di tangga yang paling bawah, aku hampir terjatuh. Barangkali reka bentuk tangga tersebut yang lebih  kecil mengakibatkan badanku tidak stabil. Nasib baik tiada sesiapa yang melihat kejadian sebentar.

Tangga tersebut ku sepak penuh dendam. Langkahku diteruskan,  melayani perasaan. Tiba di satu selekoh, aku bertemu dengan guru pusat sumber yang merayu pertolonganku untuk mengambil gambar bagi acara tersebut. Aku tersenyum, mana mungkin aku akan menolak permintaan seorang guru yang baik spertinya. Tanpa membuang masa, aku mengambil kamera yang dihulurkan kepada ku. Kamera jenama Samsung tersebut ku genggam penuh makna, dengan kemra ini, aku boleh pergi mengambil gambar para juniors yang baru masuk. "Tak payahlah nak angkat barang semua, buang tenaga je" omelku di dalam hati.

Setibanya di dewan, mataku meliar mencari kelibat para juniors yang barangkali datang dari sekolah yang sama denganku satu ketika dahulu. Butang on para kamera ditekan, gambar juniors yang comel belaka menghiasa skrin kamera. Sedang aku sibuk melayani perasaan mengambil gambar juniors, aku dikejutkan dnegan kehadiran seorang insan yang amat aku kenali. Hatiku rasa berbunga, seolah-olah memenangi kereta Ferrari melalui pertandingan memasak telur goreng. Insan tersebut barangkali masih belum sedar akan kehadiranku, lantas batu sebesar buku lima kuangkat, lalu kucampak pada si dia. Balinganku tepat mengani kepalanya, dia terjatuh penuh manja. Kepalanya dibasahi darahnya sendiri. Aku tertawa penuh kejam. Tiba-tiba ku terjaga dari lamunan. Rupanya segala yang dilakukan tadi hanyalah lamunan dalam diamku.

Aku melambaikan tangan seolah-olah king Universe ke arahnya. Dan dia menyedari akan kelibatku, dia tersenyum penuh menggoda. Rasa bahagia tidak terkata. Seolah-olah, aku mampu terbang ke langit menggapai bintang-bintang yang berkedipan menghiasa malam hari. Wajahnya tampak berbeza, ku amati dari jauh. Mana mungkin aku pergi mendekatinya. Barangkali ibunya akan membunuh ku kerana mengganggu anak daranya itu. Tiba-tiba ku tersedar, si dia memakai kain biru bersama baju kurung putih. Dahulu di sekolah lama, tidak silap aku. Dia memegang jawatan sebagai pengawas pusat sumber yakni memakai baju berwarna kuning bersama kain hijau.

Si dia belalu pergi bersama seorang lelaki. Hatiku sakit bagai ditusuk sembila, berani-berani si dia menduakan diriku. Ku merenung tajam ke arah lelaki tersebut. Rupanya, lelaki tersebut merupakan MPP atau turut dikenali sebgai balaci sekolah di mana mereka akan membantu para pelajar baru untuk dibawa membeli barang persekolahan di koperasi sekolah. Aku kecewa, kalau aku tau, sudah pasti aku akan menyertai badan perkhidmatan tersebut. Bosan melayan perasaan melihat wajah para juniors yang kebanyakannya rata-rata berwajah kecewa. Barangkali mereka tidak rela berpindah ke sini.

Langkah dicatu, lalu aku berlalu pergi menuju ke asrama tempat tinggalku buat masa ini. Kelihatan kelibat para seniors membantu para pelajar baru mengangkut barang-barang untuk dibawa masuk ke dalam dorm. Kamera digital yang diamanhkan kepada ku, dikelurakn pantas. Dengan lagak bagaikan menggunakan kamera DSLR, aku menangkap gambar para pekerja yang sedang mengangkat bagasi di situ. Tidak kurang juga, ade yang siap berposing ala-ala artis gitu. Ikutkan hati, mahu sahaja kucampak kamera tersebut, geli melihat pelbagai gaya dipergayakan oleh insan-insan di hadapanku. Tetapi memikirkan hakikat bahawa kamera tersebut bukanlah milikku, terpaksalah kubatalkan niatku tersebut.

Jam 10.30 pagi, semua pelajar baru diarahkan berkumpul di dalam dewan bagi mendengar taklimat daripada pengetua sekolah. Sadis sekali nasib mereka, terpaksa mendengar taklimat . Pasti akan ada pelajar yang mengambil peluang keemasan bagi merhatkan mata sambil mendengar alunan suara yang begitu membangkitkan nafsu tidur.


Jelas terpancar kepenatan yang dialami oleh para pelajar. Malam itu, segalanya berlangsung jauh berbeza sebelum ini. Tandas yang dahulunya lengang, tidak kira waktu, kini penuh sesak dengan pelajar juniors yang beratur untuk mandi. Dewan makan yang dahulu yang boleh dimasuki sesuka hati, kini tidak lagi. Barisan begitu panjang sehingga sampai di hadapan bilik Warden. Kekecewaan jelas terpancar di wajah setiap seniors kerana terpaksa beratur setiap masa. Tidak kurang juga, ada para senior yang dengan selambanya memotong barisan tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Selaku seniors yang bertanggungjawab, aku hanya mampu beratur menanti giliran ku tiba. Bukan aku tidak mahu memotong barisan seperti yang dilakukan oleh seniors yang lain, tetapi memikirkan hakikat bahawa aku bakal menghadapi peperiksaan yang besar pada tahun ini, mana mungkin aku akan  cemari dengan sumpah seranah para juniors gara-gara tindakan ku memotong barisan mereka. Di surau Al-Falah ceritanya hampir sama, kalau dahulu, hanya 2-3 saf sahaja yang dienuhi dengan pelajar, kini hingga mencecah 5-6 saf. Sekali lagi, aku berjaya menempatkan diri di saf yang paling belakang. Terasa mau mengamuk, bertukar menjadi raksasa Hijau lalu memijak mereka para junior yang berani-berani mengambil tempatku yang acapkali berada di saf pertama. Itu hanyalah angan semta, mana mungkin aku memarahi mereka yang berebut mendapatkan pahal saf pertama. Selepas selesai menunaikan solat fardhu isyak, para pelajar dibernarkan beredar, peljaar tingkatan 5 diarahkan pergi ke kelas untuk prep malam manakala pelajar f4 diarahkan untuk pergi kedewan. Terasa panas telingaku, kenapa tiada sesi pengenalan dengan para juniors? 

Bagaimana haru aku berkenalan dengan mereka? Bagaiman harus aku memeras ugut mereka bagi mendapatkan makanan mereka sekiranya aku tidak mengenali mereka? Aku kecewa, duduk termangu, memeluk tubuh di hujung surau. Memerah idea bagi menyeksa mereka, memerah keringat mengingati segala penyeksaan yang ku alami tahun sebelumnya. Sedang aku sibuk melayan perasaan, seorang juniors datang menegurku. Barangkali dia tersilap orang, memikirkan aku juniors sepertinya. Namun tidak, dia memperkenalkan dirinya. Aku tersenyum. Bukan kerana aku mempunyai nafsu terhadap golongan sejenis, tetapi kerana ada juga insan bergelar juniors yang berani-berani menegur senior yang kacak bergaya seperti diriku ini. Baiklah, aku tarik balik pasal kacak dan bergaya tu. Tapi hakikatnya, aku tersedar, mereka sama sekali tidak pernah melakukan sebarang kesilapan terhadapku, mengapa perlu ku seksa jiwa dan raga mereka? Pada saat itu, aku berikrar untuk menjadi seorang senior yang baik lagi dihormati ramai. Amin.



OLD / NEW