PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Kenangan Satu Ketika Dahulu
Monday, March 25, 2013 • 5:21 PM • 0 Surat Layang

Assalamualaikum,

Harini saya mahu bercerita kepada kalian semua, perihal kenangan semasa saya berada di bangku persekolahan tingkatan 3 satu ketika dahulu. Fulamak, ayat baku habis . komfem A+ kalau cikgu bm aku tengok :P Ok, memandangkan sekarang ni aku berada dalam tingkatan 5 *batuk* bakal dak2 straight A's, entah bagaimana, tetibe terflashbak masa aku form 3 dulu. Masa aku still skolah dekat sekolah Seri Bintang Selatan. Para reporters, sila catat info penting tu. Nanti nak buat majalah biografi aku , katanya. *tetibe* .

Ok, berbalik kepada citer tadi, masa tu, sekolah aku ada anjurkan pertandingan explorace, if i'm not mistaken, cewayh, speaking gitu. Aktivti lain semua aku tak berapa nak ingat, ada satu aktivti je yang teringang2 di lubuk fikiran aku. Masa tu, kitaorang dapat clue suruh pergi kantin, pastu dengan lagak bagai orang yang terkena cirit sedang mencari tandas, masing2 serbu berlari2 anak pergi kantin. Sampai kat situ, kitaorang dapat satu tugasan. Tugasan tu suruh, pilih 6 wakil. 5 orang akan buat aksi2 yang berlainan manakala lagi sorang perlu ingat gaya tersebut lalu mempersembahkan kepada juri.

So, disebabkan kelas aku ramai dak2 yang gila posing. Masing sibuklah membuat gaya bebas. Ada yang buat peace, ada yang buat gaya acah2 ayu serta pelbagai aksi yang mengiurkan lagi. Disebabkan aku tak berapa baguih dalam mengingati bende serta membuat gaya, aku hanya mampu menjadi tunggul kayu yang kacak terpacak di situ.


Parah jugaklah kawan aku yang sorang tu nak hafal gaya2 bebas yang dipersebahkan tadi, terkial2 jugaklah dia nak buat. So time tu, aku terpikir. "Susah gilaaa aktiviti ni" desus hati kecilku. Sementara menunggu, tetibe sampai pulak kumpulan seterusnya, yakni kumpulan budak2 kelas pertama. Kiranya kelas budak2 pandailah. Pastu, bila diorang plak yang membuat gaya, terserlah betaoa cerdiknya akal mereka dibanding dengan kami =,=' . Diorang takde nak buat gaya2 yang menyusahkan serta susah nak diingat, sebaliknya diaorang:


Diorang cuma buat nombor. Dari nombor satu, sampailah nombor 5. Waktu tu, aku macaaaaaaam. KENAPAAAAAAA? KENAAAAAAAAAPAAA? Kami tak terpikir nak buat macam tu. Maka tersedarlah aku, kenapa aku tak masuk kelas tu :P 


OLD / NEW