PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
Setelah sekian Lama
Tuesday, March 19, 2013 • 7:39 PM • 0 Surat Layang




  Setelah sekian lama bertapa di gua Musang, akhirnya aku berkesempatan untuk update blog yang dah jadik tempat jin bertandang ni, Sebenarnya bukannya takde masa, lebih kepada almaklumlah, kerja rumah yang bertimbun pun malaih nak sentuh, ni kan update blog. Lagi lerh malas. Soo, perkembangan terbaru aku? Currently tengah duduk bergoyang kaki di rumah menternak lemak memandangakn mata tengah merah akibat pemakaian kontek lens lama sangat, dapatlah MC 2 hari. Rasa nak lompat katak kowt, masa doktor tu kata kasik MC 2 hari. Nak sangat mata acah2 kawai, hambik kau.Jumaat haritu, aku pergi perkhemahan bomba dekat Berhulu Negeri Sembilan. Ahad malam baru sampai asrama balik. Sebenarnya, masa tu tengah minggu exam, ade lagi dua subjek tak habis lagi. Pizik dengan Awam. Hambek kau. Dengan buku tak bersentuh, dengan otak yang konons suci lepas balik berkhemah, hentam kromolah aku masa jawab exam tu, mampu jawab apa yang tau je, yang lain tu aku hanya mampu berserah pada yang ilahi. Hahaha. Padahal, dua2 exam aku boleh tidur. Stress tak dapat jawapan :P



Mesti korang nak tau pasal kem tu kan? Tak nak tau? Takpe, korang kene tau jugak. Segalanya bermula bergini *keluar pelangi*. Hari Jumaat tu, pagi tu ade majlis khatam Quran, patutnya nak skip terus, pergi kem tu pagi2, tapi malangnya pengeTUA skeolah aku yang santek lagi anggun serta bijak mengambil wang pelajar, melarang kami dari meninggalkan majlis tersebut. Jadik terpaksalah bertolak pukul 3 petang lepas solat Jumaat. Sampai2 kat sana dalam pukul 6 lebih rasanya. Pasang khemah dan bla3. Malam tu dia bahagi kumpulan, 13 kumpulan kalau tak silap. Samapi pukul 11 lebih di tahan. Mata aku dah nak bengkak tahan ngantuk, boleh palak dia mintak lagi setengah jam konons nak bagitau pasal peraturan kat situ, nak mencarut pon ada time tu. Tapi memikirkan diri kat dalam hutan, kang tak pasal2 bende lain yang jadik, jadik aku kawal jugak lah mulut aku :P Selepas membebel mengalahkan cik pah asam pedas yang aku tak pernah kenal, dia cakap, nanti kalau dengar bunyi siren, cepat2 keluar. Aku dah agak dah mesti nnati dia ade buat perhimpunan haram di awal pagi. Tapi disebabkan aku malas nak pikiaq, aku pon buat donnno lah :> Baru nak masuk tido, KK aku bagitau yang kitaorang ade jadual berkawal malam, memandangkan giliran aku belum tiba , so off to bed. 

Dalam pukul 3 pagi, tibe2 kedengaran bunyi siren macam haram memecahkan keheningan pagi. Memandangkan telinga aku ni, telinga kuali serta kalis bunyi, aku tak bangun pun sebenarnya. Nasib baiklah ada teman sekhemah yang begitu bertimbang rasa kejutkan aku, luls. So dengan penuh kemalasan, aku pon menyarungkan kasut lalu mencatu langkah menuju ke tampak berhimpun. Samapi2 kat situ, seperti biasa, sekolah aku antara yang paling lambat sampai. Maklumlah, sekolah legendlah katakan. Setibanya di situ, dia suruh beratur ikut sekolah. Dan aktiviti cerama di awal pagi pon bermula, pastu dia start menjerit serta melontarkan vokal pada nada yang tinggi kepada kanak2 yang tak reti2 nak ikut arahan, tak pakai nak pakai tag nama, yang pakai kasut. Dia suruh budak2 tu buat push up tengah2 pagi buta tu, yang kene tu pulak, budak2 f1 yang badan tinggi macam dak darjah 5. Paling tak berperikemanusiaanlah, pastu dengan paparazzi yang sibuk mengambil gambar, acah2 fotographer professional, mintak kakilah. Sakit mata aku woooo. Soo selepas berbuih mulut membebl dia pon kasiklah kitaorang masuk tido balik, pastu dak khemah aku cakap, dia dah ambik tugasan berkawal aku since dia tak boleh tido. Jadik aku tak payahlah duty. Gembira bukan kepalang wooo., nasib khemah tu kecik, kalau tak dah bergolek2 macam cempedah busuk kat dalam tu.

Besoknya, berlangsunglah aktiviti2 bomba yang begitu menyeronokkan seperti mengikat tali gaya bomba di mana satu haram pon aku tak tau. *tepuk tangan* Aku hanya mampu , duduk termangu tersipu malu, membiarkan ahli kumpulanku yang lain melaksanakan tanggungjawab serta amanah daripada aku :P Padahal dalam group aku ade 4 orang form5, 3 daripadanya termasuklah aku, tak begitu membantu sepanjang aktiviti. Ada satu aktiviti tu , nama dia , baldi bocor kot? AKu tak ingatlah nama dia. Beberapa ahli eken turun dekat sungai pastu cedok air manakala ahli yang lain, pergi tutup lubang2 jerawat yang ade kat baldi besar tu. Tak kesahlah nak pakai kaki ke, tangan ke, muka ke, guna jari pon boleh. :P Kami perlu menahan air daripada keluar terpancut menerusi lubang2 tu, sehinggalah air mencapai tahap yang disyaratkan. Masa tengah tutup tu, memandangkan aku masukkan ibu jari aku dalam lubang tu, aku terperasan yang ibu jari aku tersekat dan tak boleh keluar. Tapi disebabkan air masih belum sampai tahap yang diarahkan, terpaksalah aku tahan rasa cuak dimana jari tak boleh keluar. Bila air sampai je tahap syarat tu, dengan penuh bernafsu aku tarik jari aku. Berdarah siottt. Nasib baik tak nangis keluar hinus kat situ. Lol. Pastu, aku satu aktiviti yang kene seberang, pembentung air kot. Kecik je bende alah tu, daaaaaaaaaaaaann dalam banyak2 orang yang lalu bende alah tu, aku jugaklah mangsa kejadian yang jatuh ke dalam XD Macam buah cempedak busuk buat bungee jumping. Berkocak air tu. Aktiviti yang last, kitaorang kene guna buat kawad Hos. Dan yang paling gempak adalah, aku tak tau nak buat apa2. Aku angkat hos, pastu tak tau nak bawak pergi mana :P Nasib baik ade adik, eceeh adik bhai, dia dah pernah buat, so aku meletakkan amanah aku kepadanya untuk melaksanakna segalanya ~(-.-~) Besoknya, kitaorang balik. Habis dah citer :3



OLD / NEW