PELIK LEBIH BAIK ;
Read Entry PortfolioFollow
10 A+. InsyaAllah.
Sunday, September 15, 2013 • 1:45 AM • 0 Surat Layang

Assalamualaikum, *cabut sarang labah2* *jual kat apek* *apek taknak beli* *paksa apek beli*

Okay, abaikan sketsa mengarut yang aku tulis tadi. Memandangkan dah lama gila babeh aku tak update blog ni, entah pahal tetibe terdetik pula di hati kecil ini nak update balik. Yelah, orang cakap, sesuatu tempat kalau ditinggalkan terlalu lama , nanti jin bertandang kat situ. Ayok, tak sanggup aku bukak2 blog ade gambar kak limah promote baju zalora. Tak sanggup. Tak. Klupakan.

Saja nak bagitau semua followers aku yang ramai *lap air mata* , yang SPNYEEEM tinggal lagi 2 bulan. Tak samapi dua bulan sebenarnya, saja nak sedapkan hati yang tak berapa nak sedap ni. Semestinya kalian tertanya-tanya gimana dengan keputusan peperiksaan aku bukan? *dielek indon* Enggak? Kamu jangan macam2 ya, nanti aku panggil ibu peri suruh sumpah kamu *dielak bawang merah bawang putih* Hahaha, kabaikan. Soooooooooooooooooooooooooooooooooooo? Amacam abang besar, result lu cano?

Semeestinyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, tak berapa nak baguih. So far, aku dah dapat 3 subjek. Matematik, Addmath ngan Pizik. Math aku dapat 82% *sila tepuk* , okay begitulah sahaja result aku. Jap, asal aku tak bagitau markah Addmath dengan Pizik? Sebb aku rasa cukuplah korang tau yang aku lulus dua2 subjek tu *sedut hingus*. Jangan tanya berapa! Jangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan ! Aku cakap jangan. Okay, addmath aku dapat 42, pizik 45. Puas hati korang? Puuuuuuaaaaaaaaasssss???!!! Ni semua salah kau, sebb kau aku leka, sebb kau aku alpa, sebb kau aku tak blajar *tuding jari kat laptop sambil sambung taip* .

Ye, aku tau result aku teruk. Sila salahkan pihak sekolah kerana menyediakan soalan yang begitu sukar nak mati. *Typical melayu, sentiasa salahkan orang lain* Tapi takpe, kalian semua jangan risau, aku janji dengan nama aku Justin Bieber , Justin Timberlake , Muhd Afif As-Siddiq, yang aku akan tukar sebutan Aaaaaaeeeeee tu kepada aaaAAAAAAAAAAAAAA+. Amin. Okay, sekarang tadah tangan. Tadah cepat nak kasik duit raya. Tapi sebelum tu sila baca doa ni, amalkan selalu .

"Semoga Muhd. Afif As-Siddiq Bin Ishak berjaya mendapat 10+ dalam peperiksaan SPM yang akan datang. Amin" 



OLD / NEW